MMPSD – Seramai 107 orang pelajar MMPSD termasuk pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi (MTAH) di bawah pentadbiran YBhg Dato’ Haji Adnan Hashim telah menyertai program ceramah motivasi yang diadakan sekitar jam 11.00 pg-1.00 tghr ini di Dewan Dato’ Abu Anas Madani (DAAM), Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (MMPSD). Asatizah MMPSD turut hadir bagi memberi sokongan moral dan galakan kepada semua pelajar.

Mudir MMPSD Dr. Bunyamin Abdul Rahman bagi pihak Musyrif MMPSD YBhg Dato’ Abdul Basit Abdul Rahman telah menjemput penceramah motivasi Sir Mohd Faris B Maimun, Pengarah Towards Pro Training Consultant & Krai Park and Training Centre untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Majlis ini dipengerusikan oleh ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kamal Razi bin Rosman. Antara perkongsian beliau dalam ceramah ini mengenai kelebihan menjadi pelajar pondok, peranan para pelajar dalam komuniti dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Pihak pengurusan MMPSD mengalu-alukan kehadiran pelajar MTAH yang diiringi oleh En.Roslan bin Che Omar bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memperkukuhkan ukhwah yang terbina antara MMPSD dan MTAH.

Semoga para pelajar MMPSD dan MTAH Diberikati Allah SWT. Diharap dengan ceramah motivasi yang diadakan ini dapat membimbing para pelajar dan memberi inspirasi kata-kata semangat kepada mereka supaya mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran khususnya bagi menghadapi peperiksaan SMU, SPM dan STU Pondok.

Sesi Ceramah Motivasi
Sesi Ceramah Motivasi
Sir Faris bersama Mudir, Dr Bunyamin
Perlukan bantuan? Sila hubungi :