madrasah muhammadiah

FALSAFAH PENUBUHAN MADRASAH

  1. Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu melaksanakan fungsi kewujudannya sebagai “hamba” kepada Allah s.w.t dan juga sebagai khalifahNya di muka bumi ini.
  2. Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajarnya ilmu yang boleh membawa mereka mengenali Allah s.w.t pada paras yang dikehendaki oleh syariat Islam,mengenali hakikat alam ini sertra hakikat insan.
  3. Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenarnya yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.
  4. Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai peribadinya yang bersepadu, dengan ini maka mereka mampu menyelesaikan masalah-masalah yang di kalangan masyarakat melalui neraca-neraca Islam yang sebenar.
Perlukan bantuan? Sila hubungi :