Isnin, 5 Jun 2023

16 Zulkaedah 1444H

MMPSD – Pada 4 hb Jun 2023 bersamaan hari Isnin, satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pelantikan Badan Pengawas MMPSD bagi sesi 2023/2024 dilaksanakan di Dewan Dato’ Dr. Abu Anas Madani, MMPSD. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh AF Ustaz Yahya bin Yaacob, Setiausaha MMPSD, dan ucapan pembukaan Majlis yang disampaikan oleh Dr. Bunyamin bin Abdul Rahman, Mudir MMPSD. Seterusnya, ucapan perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman, Pengerusi YPSD & Musyrif MMPSD. Majlis ini juga turut disertai oleh Ketua Tabung Kebajikan Guru (TKG) MMPSD, AF Ustaz Abdul Kadir bin Yasim, Penyelaras Pengawas, Cikgu Ahmad Siraj bin Yusoff dan asatizah MMPSD. MPP dan Pengawas madrasah adalah lajnah-lajnah yang terdiri daripada pelajar-pelajar madrasah ini. Badan yang dilantik ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif MMPSD.

Mereka yang dilantik akan membantu asatizah melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin dan aktiviti madrasah. Selain itu, MPP dan Pengawas juga akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.

Matlamat Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP dan Pengawas ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah diri dalam kalangan pelajar-pelajar MMPSD. Objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Lajnah-lajnah MPP dan Pengawas juga memberi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar serta mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan mereka dan pihak MMPSD mengharapkan agar anak-anak pelajar MMPSD dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. Insya Allah.

Majlis ini diteruskan dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh YBhg. Dato’, ucapan ikrar yang disampaikan oleh Presiden MPP yang baru dilantik pada hari ini iaitu saudara Al-Amin dari pelajar tingkatan enam (6) dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :