Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki

Nama penuh beliau ialah Muhammad Daud bin Sulaiman bin Syarif al-Kalantani al-Makki, dari keturunan Melayu yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1909 Masihi bersamaan dengan 1328 Hijrah. Bapanya bernama Sulaiman bin Syarif yang berasal dari Besut, Terengganu, beliau telah meninggal dunia pada tahun 1942M ketika berumur 48 tahun. Ibunya bernama Hajjah Che Jah (Khadijah) binti Haji Yusuff bin Haji Sulung, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Ibunya dilahirkan pada tahun 1894M, meninggal dunia di Kota Bharu pada tahun 1977M, sewaktu berumur lebih kurang 97 tahun. Dikebumikan di perkuburan Banggul, Kota Bharu. Beliau meninggal dunia sebulan selepas Syeikh Muhammad Daud kembali ke Makkah, selepas menziarahi ibunya di bulan Ramadan tahun tersebut.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :