kokurikulum madrasah

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

Madrasah Muhammadiah mengadakan peperiksaan dua kali setahun untuk mengetahui tahap kefahaman dan kemampuan pelajar. Seseorang pelajar tidak akan dinaikkan kelas melainkan setelah lulus dalam ujian tersebut.

Para pelajar lepasan Madrasah Muhammadiah akan diberi Sijil Tinggi Ugama (STU) Pondok. Pada masa yang sama, para pelajar juga berpeluang untuk menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perlukan bantuan? Sila hubungi :