Isnin, 5 Jun 2023

16 Zulkaedah 1444

MMPSD – Sempena cuti umum bagi Ulang Tahun Hari Keputeraan YDP Agong hari ini, pihak pengurusan Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (MMPSD) mengadakan program kepada pelajar bagi mengisi masa lapang mereka.

Program ini dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan pemantauan daripada asatizah MMPSD yang bertugas, antaranya ialah Ustaz Ismail, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Yahya Ismail, Cikgu Yusoff, Ustaz Hayyi, Ustaz Ayub, Ustaz Ariffin dan Ustaz Najmi serta Mantan MPP MMPSD iaitu saudara Kamal Razi dan Fawwaz.

Program ini diadakan di Dewan Dato’ Abu Anas Madani selepas majlis watikah pelantikan MPP dan Pengawas MMPSD berakhir.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :