Pihak pengurusan MMPSD mengucapkan tahniah kepada Salman al-Farisi bin Ahmad atas kejayaannya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan pidato peringkat Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan.

Salman Al-Farisi mewakili MMPSD dalam pertandingan ini setelah mendapat johan pidato yang dianjurkan oleh program halaqat kawasan Kuala Krai tempoh hari.

Beliau menerima hadiah ini di Majlis Aspirasi Program Kecemerlangan Solat Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 pada hari Sabtu bersamaan 3 Disember 2022. Kehadiran beliau ke Dewan Besar Balai Islam diiringi oleh tenaga pengajar MMPSD, al-Fadhil Ustaz Anas MtAq yang merupakan anak sulung kepada Dato’ Dr. Abdul Basit bersama dua orang pelajar MMPSD, Hasif Adhwa dan Wafir Ilmi. Program tersebut diadakan pada jam 8.00pg-1.00 tengahari bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang.

Tahniah!
Semoga terus jaya!
Perlukan bantuan? Sila hubungi :