Kunjungan dua orang guru Pondok Tahfiz As Sohabah, Kok Lanas bahagian pengurusan pentadbiran, Ustaz Ikmal dan Bahagian pengurusan tahfiz, Ustaz Syakirin ke MMPSD.

Kehadiran mereka ke MMPSD bagi pihak Mudir Pondok Tahfiz As Sohabah, Ustaz Nik Mahadi adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah pendidikan tahfiz dan silibus yang diajar di MMPSD dengan lebih dekat bagi penambahbaikan sistem pendidikan pengajian tahfiz di pusat pendidikan pondok mereka.

Kehadiran Mereka disambut oleh YBhg. Dato’ Dr.Abdul Basit dan beberapa orang Asatizah MMPSD. Turut hadir bersama mereka Ustaz Ammar dan Ustaz Fakhruddin yang merupakan sahabat seperjuangan mereka di KIAS. Manakala Ustaz Ammar dan Ustaz Fakhruddin akan berkhidmat di Maktabah Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki pada awal Januari 2023 nanti sebagai pembantu Maktabah Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :