MMPSD – Para pelajar MMPSD telah terlibat dalam menjayakan kursus Pengurusan Jenazah di bawah Penyelaras Pendidikan Islam, al-Fadhil Ustaz Ahmad Mat Nawawi. Porgram pengurusan jenazah ini dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Ismail Yaacob, salah seorang tenaga pengajar MMPSD yang berpengalaman dalam bidang agama dan istiqamah dalam menyampaikan ilmunya di MMPSD. Turut hadir bersama guru MMPSD, al-Fadhil Ustaz Rezzal Hamat. Program ini diadakan di Masjid Ar-Rahman, MMPSD.

Setelah selesai kursus dan demonstrasi tentang kaedah pengurusan jenazah yang dibimbing oleh Ustaz Ismail, seramai 6 kumpulan pelajar MMPSD telah mengikuti pertandingan pengurusan jenazah bagi menilai tahap kefahaman dan kemampuan mereka secara praktikal selepas kursus tersebut.

Bagi menjayakan program ini, Mudir MMPSD, Dr. Bunyamin Abdul Rahman mewakili YBhg. Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman hadir dalam program tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada penyelaras Lajnah Pendidikan Islam dan Ustaz Ismail yang berjaya menganjurkan kursus ini dan semua peserta kursus yang hadir.

Pihak pengurusan MMPSD berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan Warga MMPSD dan para pelajar. Semoga dengan pengalaman ini mampu memberi nilai positif dan pengetahuan yang cukup berguna dalam usaha secara berterusan memberi kefahaman, pengalam dan ilmu berkaitan pengurusan jenazah yang betul untuk mengelakkan para pelajar daripada melakukan amalan yang bertentangan dengan syarak. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam kursus dan pertandingan ini boleh digunakan untuk membantu keluarga dan masyarakat sekiranya berlaku kematian di kampung halaman masing² hasil pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :