Selasa, 4 Jamadil Awal 1444H
29 November 2022

MMPSD – seramai 36 orang anak-anak pelajar MMPSD sedang menduduki peperiksaan percubaan SMU 2022 bermula pukul 8.10 pagi ini 29 November 2022 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris 2 & Tarikh Islami dan peperiksaan akan berakhir pada 7 Disember 2022.

Trial SMU 2022

YBhg Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman merangkap Musyrif MMPSD mendoakan semoga anak-anak pelajar SMU berjaya dalam peperiksaan dan Dr. Bunyamin Abdul Rahman, Mudir MMPSD hadir ke dewan peperiksaan yang diadakan di Dewan Dato’ Dr. Abu Anas Mandani (DAAM) untuk memberi sokongan dan semangat kepada semua pelajar MMPSD yang sedang menjalani ujian peperiksaan percubaan SMU serta beberapa orang Ustaz menjadi guru pengawas peperiksaan percubaan SMU pada hari ini, diketuai oleh penyelaras SMU al-Fadhil Ustaz Ahmad Abu Qatadah.

Manakala pelajar SPM pula masih lagi menduduki peperiksa percubaam SPM di DAAM sehingga 1 Disember 2022.

Trial SMU 2022

Semoga semua anak-anak pelajar MMPSD berjaya, dipermudahkan segala urusan peperiksaan oleh Allah SWT dan dapat menjawab soalan peperiksaan SMU dengan tenang, Insya Allah.

Perlukan bantuan? Sila hubungi :