Ahad 12 Sya’ban 1444H/ 5-3-2023 Liqa’ Asatizah MMPSD Bagi Bulan Feb 23.
MMPSD telah mengadakan majlis Anugerah Kecemerlangan guru dan staf selepas selesai masyuarat bulanan di dewan Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki-MMPSD pada 5 Mac 2023 bagi sesi 2022/2023.
Pada majlis itu, sebanyak sepuluh Anugerah Kecemerlangan yang diberikan kepada guru dan staf yang layak mengikut penilaian dan kriteria yang telah digariskan.
Antara anugerah Kecemerlangan tersebut adalah Anugerah Guru Menepati Waktu Terbaik, Anugerah Staf Menepati Waktu terbaik, Anugerah guru menepati waktu dan peningkatan dalam PdP, Anugerah Guru Berhemah Tinggi & Perubahan Positif, Anugerah Guru yang Mudah & Banyak Membantu, Anugerah Guru Dedikasi, Anugerah Warden Prihatin, Anugerah Guru yang Sentiasa Bekerjasama (Semua Program), Anugerah Guru Tahfiz yang Berjasa dan Anugerah Guru Pondok yang Berjasa kepada MMPSD yang disampaikan oleh Musyrif MMPSD YBhg Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan Mudir MMPSD Dr. Bunyamin Abdul Rahman .
Menurut Pengerusi YPSD & Musyrif MMPSD, YBhg. Dato’ Dr. Abdul Basit dalam ucapannya, anugerah ini untuk memastikan setiap guru dan staf sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi meningkatkan prestasi MMPSD. Dengan adanya Majlis Anugerah Kecemerlangan seperti ini akan menjadi satu platform dalam memberi penghargaan kepada guru dan staf MMPSD yang bertungkus lumus menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen terhadap perkhidmatan, katanya.
YBhg. Dato’ Dr Abu Anas Madani juga berharap agar setiap guru dan staf MMPSD akan menjadi lebih berjaya maju dan bersaing pada masa mendatang.
Pada masa yang sama, Mudir MMPSD Dr. Bunyamin berharap semoga guru dan staf yang cemerlang pada hari ini menjadi inspirasi dan mampu menjadi pemangkin untuk lebih berjaya di masa hadapan serta mampu menjadi pembakar semangat kepada guru dan staf yang lain untuk lebih berusaha dan bersemangat pada sesi pengajian 2023/2024 nanti.
Tahniah dan syabas kepada guru dan staf yang mendapat anugerah dan kepada yang tidak mendapat anugerah, giliran anda menunggu di hadapan. Insya-Allah.
بارك الله فيكم، وجزاكم الله خيرا