kokurikulum madrasah
SISTEM PENGAJIAN MADRASAH
Madrasah ini menggabungkan antara dua sistem pengajian: Sistem Pondok iaitu pengajian Ilmu Turath dalam bentuk halaqat dan sistem persekolahan dengan mengikuti pengajian di dalam kelas.
Pondok: Melalui pengajian ini para pelajar didedahkan dengan kitab-kitab ulama silam yang muktabar dalam Bahasa Arab dan Melayu Jawi lama. Para pelajar mempelajarinya dengan menadah kitab di hadapan guru di Masjid Ar-Rahman. Kitab-kitab tersebut diajar dan diulas secara terperinci dari kulit ke kulit. Pengajian ini diadakan selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib.
Sekolah: Melalui pengajian ini para pelajar didedahkan dengan sukatan pelajaran yang bersepadu dengan mengintegrasikan kurikulum yang disediakan oleh Universiti Al -Azhar dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta sukatan pelajaran Turath yang disediakan oleh Lajnah Ilmiah MMPSD. Pengajiannya diadakan dalam bilik darjah dipimpin oleh guru-guru yang berpengalaman. Para pelajar diajar sebanyak enam mata pelajaran dalam sehari, bermula dari jam 8.20 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Bagi pelajar Tahfiz, mereka mengikuti kelas halaqah tahfiz di Masjid Ar-Rahman bermula jam 8.20 pagi hingga 10.20 pagi sebelum memulakan pengajian sukatan pelajaran di dalam kelas.