09-966 4161 pondoksgdurian@gmail.com Ahad – Khamis, 8.20 pagi – 1.00 petang
Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian
Utama  /  Pengenalan

Lawatan ke Madrasah

Lawatan ke Pondok Sungai Durian memberi peluang merasai suasana hidup berteraskan ilmu, zikir dan ibadah yang menghidupkan hati serta menenangkan jiwa.

“Lawatan ini adalah kesempatan untuk menyemai ilmu, menguatkan ukhuwwah dan menuai pahala sebagai bekalan menuju akhirat.”
— Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman, Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian

Matlamat lawatan

  1. Memperkenalkan sejarah dan peranan Pondok Sungai Durian.
  2. Memberi pendedahan kepada pelawat tentang sistem pengajian pondok.
  3. Menyemai kesedaran tentang kepentingan pendidikan berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
  4. Menggalakkan sokongan dan sumbangan masyarakat terhadap institusi pondok.

Aktiviti lawatan

  1. Taklimat pengenalan dan sejarah MMPSD.
  2. Lawatan sekitar pondok (masjid, kelas, perpustakaan, kantin dan lain-lain).
  3. Sesi bersama guru dan pelajar untuk perkongsian pengalaman (jika ada).
  4. Penyertaan dalam solat berjemaah atau kuliah harian.
  5. Pertemuan (liqa’) bersama Dato’ Dr. Abdul Basit dan pengurusan pondok.
  6. Menyantuni warga emas Pondok Sungai Durian.
  7. Sesi fotografi kenang-kenangan dan jamuan (ringan atau berat).

Panduan pelawat

  1. Pakaian mestilah sopan dan patuh syariah.
  2. Lawatan hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada pihak pejabat.
  3. Elakkan aktiviti yang mengganggu suasana pengajian.

Makanan dan minuman

  • Disediakan: air minuman dan makanan ringan untuk pelawat.
  • Tempahan tambahan: koperasi dan kantin pondok menerima pesanan makanan tengah hari atau jamuan khas (dengan notis awal).

Penginapan

Bagi pelawat yang datang dari jauh, kemudahan penginapan disediakan:

  • Sakan Ummu Salamah (asrama pelajar) — bilik tetamu.
  • Homestay Pondok — lebih selesa untuk keluarga atau kumpulan kecil.

Kadar sewaan boleh diberi dalam bentuk derma ke tabung pondok.

Hubungi

  • Ustaz Yahya (Setiausaha MMPSD): 018-329 4480
  • Pejabat Pondok Sungai Durian: 09-966 4161

Muat turun risalah lawatan

Mohon lawatan dalam talian