09-966 4161 pondoksgdurian@gmail.com Ahad – Khamis, 8.20 pagi – 1.00 petang
Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian

Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2026

20 Oktober 2026

Calon SMU 2026 di dewan peperiksaan Pondok Sungai Durian

Calon Sijil Menengah Ugama (SMU) 2026 Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian sedang menduduki peperiksaan anjuran Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Peperiksaan berlangsung selama lapan hari bermula 12 Oktober hingga 21 Oktober 2026 (1 hingga 10 Jamadil Awal 1448H).

Pada pagi hari pertama, calon telah berada di dewan peperiksaan seawal jam 8 pagi. Sesi dimulakan dengan taklimat arahan peperiksaan sebelum kertas pertama, Al-Quran al-Karim, dijawab.

Calon SMU 2026 bersedia di meja masing-masing

Taklimat arahan peperiksaan SMU 2026

Jadual peperiksaan

TarikhHariKertas
12 OktIsninTaklimat Arahan Peperiksaan, Al-Quran al-Karim, Tauhid
13 OktSelasaNahu & Saraf, Akhlak
14 OktRabuBahasa Melayu I, Balaghah
15 OktKhamisBahasa Melayu II, Tafsir / Tafsir Ilmi
18 OktAhadTarikh al-Adab wa an-Nusus, Insya'
19 OktIsninTarikh Islami, Mutala'ah
20 OktSelasaFiqh Islami, Hadis
21 OktRabuBahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris II

Esok, Rabu 21 Oktober, merupakan hari terakhir peperiksaan dengan kertas Bahasa Inggeris I dan Bahasa Inggeris II.

Meja pengawas peperiksaan SMU 2026

Suasana dewan peperiksaan SMU 2026

Calon SMU 2026 menunggu kertas peperiksaan

Pihak madrasah mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan para calon, menenangkan hati mereka serta memberi kefahaman dalam menjawab setiap kertas. Ibu bapa dan warga Pondok Sungai Durian juga dipohon untuk terus mendoakan kejayaan anak-anak kita.

Jadual Peperiksaan SMU 2026 Yayasan Islam Kelantan

Lihat lebih banyak gambar di Galeri: Peperiksaan SMU 2026.