09-966 4161 pondoksgdurian@gmail.com Ahad – Khamis, 8.20 pagi – 1.00 petang
Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian

Kunjungan Hormat Bank Islam ke Pondok Sungai Durian

20 Oktober 2026

Selasa, 20 Oktober 2026 | Kuala Krai, Kelantan — Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (MMPSD) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Pertemuan berlangsung di Qa'ah Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki, MMPSD.

Delegasi terdiri daripada wakil pengurusan Bank Islam dari Kuala Krai, Kota Bharu dan Terengganu. Antara yang hadir ialah:

  • Tuan Faizal — Pengarah/Ketua Cawangan Bank Islam Kuala Krai
  • Tuan Mohd Supardi bin Yatim — Regional Sales Director (Assets), Cawangan Bank Islam Kota Bharu
  • Tuan Noorazmadee bin Salleh — Regional Director Bank Islam Kelantan-Terengganu

Sesi pertemuan bersama delegasi Bank Islam di Qa'ah Syeikh Muhammad Daud al-Kalantani, MMPSD

Delegasi bersama barisan pegawai dan anggota BIMB Kelantan-Terengganu disambut oleh Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian (YPSD) merangkap Musyrif MMPSD, Mudir, Setiausaha dan para asatizah MMPSD.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat, sekali gus membuka ruang kerjasama yang memberi manfaat berterusan kepada institusi pondok, para asatizah, pelajar dan masyarakat.

Kenangan bersama delegasi Bank Islam

Gambar kenangan delegasi Bank Islam di Pondok Sungai Durian

Lihat catatan asal di Facebook