Alhamdulillah, gambar-gambar lama Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan kini mendapat perhatian ramai di media sosial. Kami bersyukur kerana sejarah pondok ini masih dikenang dan dihargai.
Gambar-gambar ini ialah sebahagian daripada koleksi simpanan pondok. Kami memaparkannya di sini supaya orang ramai dapat melihat koleksi yang lebih lengkap terus daripada sumber asalnya.
Koleksi gambar
Koleksi ini juga boleh dilihat di Galeri: Kenangan Lama PSD.
Jika ingin berkongsi
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dan puan ingin berkongsi gambar-gambar ini. Semoga ia menjadi asbab lebih ramai mengenali pondok ini serta mendoakan para guru dan penuntutnya.
Jika tidak keberatan, sertakanlah sumbernya bersama perkongsian tuan dan puan, contohnya "Sumber: Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (pondoksgdurian.com)". Moga Allah membalas kebaikan tuan dan puan.
Sesiapa yang menyimpan gambar lama atau mempunyai cerita berkaitan pondok ini, kami sangat mengalu-alukan perkongsian tuan dan puan melalui pejabat pondok supaya koleksi ini dapat dilengkapkan bersama.


































