09-966 4161 pondoksgdurian@gmail.com Ahad – Khamis, 8.20 pagi – 1.00 petang
Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian

Biodata Pengasas Madrasah

10 November 2022

ALMARHUM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN(1923-1988) Tarikh Lahir : 1923. Tempat Lahir: Kelantan, Malaysia. Tarikh Meninggal Dunia: 20 Februari 1988. Pengajian (di Malaysia):

  • Belajar al Quran dan asas pengajian agama melalui Ayahandanya Lebai Sulaiman bin Kechik.
  • (1934-1937) Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai.
  • (1938-1945) Pondok Paloh Rawa, Machang (Tuan Guru Haji Abdul Jalal Melaka dan Tuan Guru Haji Hussin Melaka).
  • (1945-1945) Pondok Kerawang, Pulai Chondong (Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Kadir).
  • (1945-1946) Pondok Kemuning, Machang (Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah).
  • (1946-1948) Pondok But, Ketereh (Tuan Guru Haji Mohd Nor Abdullah).
  • (1949-1951) Madrasah Manabi’ul ‘Ulum, Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Tuan Guru Haji Othman Jalaluddin).

Pengajian (di Makkah) bermula 1951-1957:

  • Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniah.
  • Masjidil Haram.
  • Rumah beberapa orang tuan guru.

Guru-gurunya sewaktu di Makkah:

  • Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya).
  • Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi.
  • Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi.
  • Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki.
  • Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani.
  • Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi.
  • Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat.
  • Sheikh Hassan al-Yamani.
  • Sheikh ‘Alawi al-Maliki.
  • Sheikh al-‘Arabi.
  • dan lain-lain. Rahimahumullah.

Aktiviti semasa belajar:

  • Seorang pelajar yang aktif berpersatuan, seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya (permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat.

Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan:

  • Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada 4 Jun 1958
  • Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
  • Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu, Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  • Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di seluruh pelusuk tanah air.

Penghargaan:

  • (1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh Sultan Yahya Petra
  • (17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001) Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas peringkat negeri.

Isteri:

  •  Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di PSD.

Anak-anak (8 orang):

  1. Mohamed Amin – Pondok Sungai Durian
  2. Ahmed Shukri – BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah
  3. Aishah – Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah
  4. Abdul Basit – BA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah
  5. Asiah – B.A. Universiti Yarmouk, Jordan
  6. Abdul Latiff – M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan
  7. Fakhrurrazi – B.A. Universiti al-Azhar, Mesir
  8. Buniyamin – B.A.Universiti Pengajian Islam, Pakistan.