1. Setiap pelajar diwajibkan solat lima waktu secara berjamaah di Masjid.
  2. Setiap pelajar diwajibkan menghadiri setiap kelas pengajian yang diadakan.
  3. Pelajar yang tidak hadir selama dua minggu berturut-turut tanpa sebab akan diberhentikan.
  4. Setiap pelajar diwajibkan memakai jubah, seluar dan kopiah yang berwarna putih semasa pengajian diadakan.
  5. Dilarang berambut panjang melebihi satu inci.
  6. Dilarang memakai baju t-shirt atau baju kemeja ketika solat.
  7. Dilarang memiliki pakaian seperti seluar jeans, baju t-shirt yang bercorak atau bergambar, seluar pendek yang tidak menutup aurat dan sepertinya.
  8. Semua pelajar diwajibkan tidur di tempat masing-masing.
  9. Dilarang tidur di bilik asrama pelajar lain tanpa kebenaran.
  10. Semua pelajar diwajibkan mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum keluar dari kawasan Pondok.
  11. Pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan penempatan perempuan kecuali dengan kebenaran.
  12. Dilarang melakukan dosa-dosa kecil lebih-lebih lagi dosa besar seperti mencuri, minum arak, penyalahgunaan dadah, menghisap rokok, rokok eletronik dan sebagainya.
  13. Dilarang mendengar radio, menonton TV, video dan segala jenis maksiat.
  14. Dilarang memiliki majalah hiburan, buku komik, CD cerita dan sebagainya.
  15. Dilarang bermain pemainan yang melalaikan seperti bermain daun terup, games dan sebagainya.
  16. Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis HANDPHONE, jika didapati, akan dirampas dan tidak akan dipulangkan.
  17. Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya.
  18. Tidak dibenarkan memelihara binatang ternakan dan sepertinya.
  19. Setiap pelajar diwajibkan menjaga KEBERSIHAN dan KESELAMATAN samada pada tubuh badan, pakaian, tempat penginapan (asrama), tempat belajar dan kawasan pondok keseluruhannya.
  20. Dilarang memasang sendiri pendawaian eletrik dan menggunakan plug (eletrik) tanpa kebenaran.
  21. Maklumkan segera kepada ustaz sekiranya terdapat orang luar yang mencurigakan masuk ke dalam kawasan Pondok dan Asrama.
  22. Permohonan cuti hendaklah dilakukan oleh ibubapa, permohonan dari pelajar tidak akan dilayan.
  23. Pelajar yang sakit, demam dan sebagainya hendaklah segera laporkan kepada guru dan terus ke hospital dengan membawa bersama surat akuan pelajar yang dikeluarkan oleh pejabat.
  24. Pelajar yang bercuti kerana sakit, sila kemukakan surat akuan hospital/klinik sewaktu memulakan pengajian.
  25. Setiap pelajar diwajibkan melunaskan bayaran bulanan :
(1) Bayaran air/api : RM20. (2) Bayaran makan : RM150. (3) Bayaran tabung persatuan : RM2.
  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-9664161 (pejabat).